Ibu bapa mungkin mempunyai hak untuk bertukar memeluk agama lain, tetapi mereka tidak mempunyai hak untuk menukar agama anak bawah umur tanpa persetujuan pasangannya kerana ini bertentangan dengan konvensyen antarabangsa.

Hakim Mahkamah Tinggi, Lee Swee Seng, ketika menegaskan demikian memetik Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak (CRC) dan Konvensyen mengenai Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW).

indira gandhi children custody case 110310 ipoh high court Lee berkata, Perkara 18 CRC menyatakan pihak (negara) hendaklah memastikan bahawa kedua-dua ibu bapa mempunyai

tanggungjawab bersama dalam membesar dan perkembangan anak-anak mereka.

Dalam penghakimannya, Lee juga mendapati bahawa memandangkan kanak-kanak terbabit tidak mengucap dua kalimah syahadah, maka penukaran agama mereka dianggap batal dan tidak sah.

Hakim itu berkata demikian dalam penghakiman bertulis dalam kes M Indira Gandhi pada 25 Julai di mana mahkamah mengisytiharkan pertukaran agama tiga anaknya kepada Islam sebagai batal dan tidak sah.

Salinan penghakiman bertulis setebala 79 muka surat itu boleh didapati di loyarburok.com.

Lee juga memetik Perkara 30 CRC yang menyatakan bahawa minoriti etnik, agama atau bahasa tidak boleh dinafikan hak dalam masyarakat untuk menikmati budaya mereka atau menganut mana-mana agama atau menggunakan bahasa ibunda mereka.

NONE Hakim itu (kiri) juga menyebut Perkara 16 (1) dan 5 CEDAW 

yang turut ditandatangani Malaysia, yang menyatakan bahawa negara yang menandatanganinya mesti menghapuskan diskriminasi terhadap wanita dalam semua perkara yang berkaitan dengan perkahwinan dan hubungan keluarga dan kedua-dua ibu bapa perlu mempunyai hak dan tanggungjawab dalam membesarkan anak-anak mereka.

Beliau turut memberi contoh seorang guru yang hamil, Noorfadila Ahmad Salikin di mana Mahkamah Tinggi Shah Alam menjadi tajuk utama dua tahun lalu, dengan mengatakan bahawa memandangkan Malaysia telah menandatangani CEDAW, maka negara ini mempunyai kewajipan perundangan untuk melindungi hak-hak untuk wanita di sini.

Hakim itu juga berkata CEDAW bukan setakat satu perisytiharan, tetapi ia mempunyai kuasa undang-undang yang mengikat negara anggota, termasuk Malaysia.

Oleh itu, katanya, dalam membuat keputusannya, mahkamah telah mentafsir Perkara 5, 8 dan 12 Perlembagaan Persekutuan mengikut norma-norma antarabangsa.

"Jika terdapat dua kemungkinan tafsiran perkataan 'ibu bapa' di bawah Perkara 12 (4), maka tafsiran yang terbaik mempromosikan komitmen kita terhadap norma-norma antarabangsa serta meningkatkan maruah dan hak asasi manusia, hendaklah menjadi pilihan," katanya, dalam menolak keputusan awal Mahkamah Persekutuan dalam kes R Subashini.

Dalam kes Indira Gandhi, dua anak perempuan dan anak lelakinya dikatakan telah ditukar agama mereka kepada Islam oleh bapa mereka berikutan sijil yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama Islam Perak.

Anak perempuan bongsunya, Prasana Diksa telah diambil oleh bapanya, K Pathmanathan @ Muhammad Riduan Abdullah, ketika dia berusia 11 bulan, dan sejak itu, Indira tidak pernah bertemu dengan anaknya itu, walaupun terdapat perintah mahkamah mengarahkan bapa menyerahkan kembali Prasana kepada ibunya.

[Baca berita penuh]