Pihak berkuasa digesa bertindak terhadap Bernama dan NST kerana menyiarkan laporan palsu berhubung kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyalahkan bukan Islam dalam isu video hari hari kontroversi seorang jurulatih anjing.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, beliau percaya timbalan perdana menteri menjadi "mangsa pembohongan" kedua-dua organisasi media itu.

azlan "DAP percaya pada Muhyiddin dan kedua-dua NST dan Bernama berbohong untuk mengapi-apikan ketengan kaum dengan mewujudkan permusuhan dan kebencian antara orang Islam dan bukan Islam.

"Hanya dengan menghukum organisasi media ini akan menghentikan penyebaran pembohongan seperti itu, yang mengancam perpaduan dan pembinaan negara Malaysia paling asas," katanya.

Semalam, Bernama menjelaskan bahawa Muhyddin tidak merujuk khusus kepada bukan Islam atau kontroversi video jurulatih anjing dalam ucapannya pada 30 Julai, walaupun sebelum itu Bernama , NST dan Sin Chew Daily melaporkan sebaliknya.

Lim juga medesak tindakan diambil terhadap Utusan Malaysia ekoran laporannya yang mendakwa, pemangku ketua polis Selangor A Thaiveegan memberi amaran bahawa pihak yang menyebarkan gambar bilik persalinan SK Sri Pritana boleh disiasat atas tindakan menghasut.

Lim berkata, tiga penerbitan itu patut didakwa bawah Seksyen 8A Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, yang membawa hukuman denda RM20,000 dan penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Beliau bagaimanapun menyuarakan keraguannya sama ada pihak berkuasa akan bertindak ke atas tiga organisasi media itu ekoran kesetiaannya kepada BN.

[Baca berita penuh]