Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Menara Umno harus beri pampasan pada kereta rosak

Pemilik kereta yang rosak akibat runtuhan penebat kilat di Menara Umno Pulau Pinang semasa ribut kencang pada 13 Jun lalu mendapati tiada tuntutan insurans dapat dibuat bagi menampung kos membaikinya.

Sehubungan itu, anggota Parlimen Tanjung daripada DAP Ng Wei Aik mendesak pemilik bangunan JKP Sdn Bhd untuk memberi pampasan kepada pemilik kereta.

JKP syarikat di bawah Kementerian Kewangan.

Ng berkata, beliau sudah menulis kepada ketua pegawai eksekutif (CEO) Adzmi Ariffin, berhubung keadaan kereta yang rosak akibat insiden itu.

Katanya, JKP tidak dapat mendakwa bangunan itu selamat sebelum diserang ribut kerana ia terbukti gagal menyerahkan laporan semakan struktur dan keselamatan pada 2011.

"Saya harap JKP sebagai pihak bertanggungjawab, jangan lepaskan tanggungjawab bagi menyediakan pampasan dan bantuan kemanusiaan kepada mangsa yang mengalami kerugian dan kerosakan harta benda," kata Ng.

[Baca berita penuh]

http://www.malaysiakini.com/news/237887

ADS