Tepat dua bulan selepas tiang penebat kilat jatuh dari atas bangunan Menara Umno di Pulau Pinang dalam satu kejadian ribut yang mengorban dua nyawa, termasuk seorang penjaja Lim Chin Aik, sebahagian daripada Jalan Macalister tenggelam semalam, menyebabkan sebuah forklift terjatuh ke dalamnya.

NONE Pemandu forklift tersebut sempat menyelamatkan diri dalam

kejadian itu, yang berlaku pada kira-kira jam 5.50 ketika beredar keluar dari kawasan masjid Pakistan di mana ia sebelumnya digunakan untuk kerja-kerja pembaikan saliran.

Ketika dihubungi, Kaunselor Majlis Perbandaran Pulau Pinang, jurutera A Rajan berkata pekerja sedang membaiki pembetung longkang di hadapan masjid tersebut.

Beliau memberitahu Malaysiakini, longkang itu sedalam kira-kira 1.5 meter dan kerja-kerja pembaikan akan dilakukan hari ini.

Ditanya sama ada ia berlaku di tempat yLim terkorban, Rajan menafikan ia ada kaitan dengan kerja-kerja menggali ketika mencari mayat Lim sebelum ini.

Mayat Lim dipercayai tertimbus di jalan raya selepas dihempap tiang penebat kilat sepanjang 50 meter jatuh dari atas bangunan Umno.

Dalam kejadian pada bulan Jun, pekerja penyelamat mengambil masa beberapa hari berusaha menggali kawasan itu untuk mencari mayat Lim tetapi tidak berjaya.

[Baca berita penuh]