Satu mesyuarat khas kabinet hari ini memutuskan bahawa Malaysia tidak harus terikat dengan apa-apa tempoh masa yang tetap untuk mengesahkan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) kerana banyak isu-isu yang tidak dapat diselesaikan.

 

Dalam siaran akhbar hari ini, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berkata isu-isu itu termasuk syarikat milik kerajaan, buruh dan hak harta intelek (IPR).

 

Menurut Miti, mesyuarat kabinet khas, yang melibatkan semua perunding dari pelbagai kementerian, diadakan untuk mengemaskini dan mendapatkan mandat baru dari kabinet.

 

Biasanya, mesyuarat kabinet diadakan pada hari Rabu atau pada hari Jumaat apabila Parlimen bersidang.

 

Mesyuarat khas itu diadakan menjelang pusingan ke-19 rundingan TPPA yang akan diadakan di Bandar Seri Begawan, Brunei dari 23 Ogos hingga 30 Ogos.

 

Siaran akhbar Miti juga berkata bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan kabinetnya telah mengarahkan perunding untuk menjamin kedaulatan Malaysia.

[Baca berita penuh]