Sekumpulan mangsa kebakaran dari Sentul dipaksa pindah dari pusat perlindungan sementara mereka di Pusat Komuniti Taman Ibukota dan kini tiada tempat berlindung, kata Anggota Parlimen Batu, Tian Chua.
Dakwa Tian Chua, pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
memberitahu mangsa daripada 36 buah rumah yang terbakar di Sentul itu yang mereka perlu pindah kerana dewan itu akan digunakan untuk satu majlis esok.
Mangsa kebakaran akhirnya terpaksa bersetuju untuk berpindah walaupun mereka pada mulanya membantah arahan itu.
Sebahagian dari mereka, kata Tian, menerima tawaran DBKL dan Kementerian Wilayah Persekutuan untuk ditempatkan di flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Bukit Jalil.
"Sebahagian daripada keluarga tersebut menerima tawaran ke Bukit Jalil, sementara 20 lagi masih lagi tidak tahu mahu ke mana.
'Saya kini mengusahakan tempat tinggal untuk mereka," kata Tian Chua yang merupakan MP bagi kawasan yang dilanda kebakaran itu. Penjelasan Menteri Wilayah Persekutuan.
