Keputusan DAP untuk mengadakan pemilihan baru, atas tekanan Pendaftar Pertubuhan (ROS), adalah "amat sukar dan menyakitkan" kerana parti itu merasakan ia tidak pernah melakukan sebarang kesalahan, kata Setiausaha Agungnya,  Lim Guan Eng.

lim guan eng interview 160813 01 Sehubungan itu, Lim mengecam Ketua Pemuda Umno, Khairy

Jamaluddin yang menganggap keputusan DAP mengadakan pemilihan baru sebagai tanda ia "bersalah" .

"Adakah dia tahu makna bersalah? Suruh dia balik ke Oxford untuk tahu apa dia," kata Lim menyindir menteri beliau dan sukan itu.

Beliau menyifatkan keputusan ROS itu sebagai "sebagai satu tanda yang tidak menyenangkan" yang boleh meletakkan DAP dalam keadaan tidak menentu - satu risiko yang tidak mahu diambil oleh pemimpinnya kerana ia mengancam kewujudan dan survival parti itu.

"Ia menyakitkan kerana kami tidak melakukan sebarang kesalahan. Ini adalah sesuatu yang tersangat keras (bagi kami) untuk telan," kata Lim.

"Ini bukan kes yang melibatkan seorang saja, tetapi seluruh parti - risikonya terlalu besar!" keluh Lim.

"Bagi saya, saya lebih suka berjuang untuk keadilan, kebenaran dan kebebasan -. Itulah DNA saya," katanya sambil menegaskan bahawa itulah pendirian beliau termasuk terpaksa ke penjara.

"Dengan naluri dan gerak hati, sebahagian daripada kita mahu mengambil jalan (untuk mencabar keputusan ROS) tetapi ini melibatkan seluruh parti - berbaloikah untuk mengambil risiko itu?" soal beliau.

"Jadi kami membuat keputusan untuk mematuhi, tidak kira bagaimana sukar dan sakitnya."

[Baca berita penuh]

1. Pemilihan semula CEC DAP satu pengakuan bersalah: KJ