Masiung tak pertahan timbalan ketua Pemuda UPKO
Diterbitkan: Aug 18, 2013 3:25 PM | Dikemas kini: Aug 18, 2013 5:02 PM
Ketua Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Bahagian Kinabatangan, Masiung Banah tidak akan mempertahankan jawatan Timbalan Ketua Pemuda UPKO pusat pada pemilihan parti Oktober ini.
"Ini bagi memberi ruang kepada ahli Pemuda UPKO lain yang layak bertanding pada pemilihan itu nanti," katanya di Sandakan hari ini.
Bagaimanapun, katanya beliau akan mempertahankan jawatan Ketua UPKO Bahagian Kinabatangan.
Mengenai sokongan cawangan, bahagian dan Pemuda parti yang mahu beliau bertanding jawatan naib presiden parti, Masiung berkata beliau akan mempertimbangkan perkara itu dan belum membuat keputusan.
- Bernama

