Puluhan tahanan dibunuh, dakwa Ikhwan
Dalam perjuangan memastikan kelangsungan politik mereka, Ikhwanul Muslimin mendakwa tentera membunuh puluhan tahanan Islamis, sekali gus menambah tekanan dalam krisis yang menggegarkan Mesir, negara umat Islam teramai di rantau Arab.
Sekurang-kurangnya 850 terkorban sejak Rabu lalu dalam pertembungan antara penyokong presiden yang digulingkan Mohamed Mursi dengan kerajaan yang disokong tentera.
Pertumpahan darah itu yang terburuk dalam sejarah moden Mesir.
Ketika kebimbangan Barat meningkat, ketua tentera Mesir sebaliknya berikrar bertindak tegas bagi menghadapi keganasan pada Ahad, dengan menggesa Ikhwan tunduk kepada kehendak rakyat dan menerima penggulingan 3 Julai selepas protes jalanan besar-besaran.
Kumpulan diplomat kanan Kesatuan Eropah akan bermesyuarat di Brussels pada Isnin untuk menyemak semula cara untuk memanfaatkan bantuan 5 bilion Euro - dalam bentuk pinjaman dan geran yang dijanjikan - bagi menambah tekanan terhadap Kaherah ke arah rundingan kompromi.
Sejak jatuhnya autokrat Hosni Mubarak lebih dua tahun lalu, Mesir terus berdepan krisis demi krisis, sekali gus memberikan amaran berjaga-jaga kepada sekutunya di Barat dan negara jiran Israel - yang terikat dengan perjanjian damai 1979 dengannya.
Kaherah, Iskandariah sasaran demo Ahad
Arab Saudi bagaimanapun pada Ahad memberi amaran kepada Amerika Syarikat dan Eropah supaya memberi tekanan kepada kerajaan untuk menghentikan tindakan keras terhadap Ikhwan, yang sentiasa disangsikannya.
Menteri dalam negeri Mesir berkata, seramai 36 orang anggota Ikwan meninggal dalam cubaan lari dari penjara dekat ibu kota pada Ahad, akibat lemas gas pemedih mata.
Bagaimanapun, menurut versi yang jauh berbeza, sumber peguam memberita Reuters , seramai 38 orang meninggal dunia akibat lemas dalam van polis yang sesak.
Ikhwan, yang berhabis-habisan untuk mengembalikan pentadbiran Mursi, meletakkan tanggungjawab itu di atas bahu pihak berkuasa.
Dalam beberapa hari terakhir ini, ratusan pentoyong Ikhwan ditahan di pelbagai tempat di Mesir dalam usaha meredakan bantahan berterusan.
Kumpulan itu bagaimanapun berikrar terus menunjuk perasaan dan dalam masa terdekat akan berkumpul di Kaherah dan Iskandariah pada Ahad ini.
Kerajaan berkata, sekurang-kurangnya 70 pasukan tentera dalam tempoh lima hari ini dan perdana menteri Mesir mencadangkan pengharaman Ikhwan - kumpulan yang sudah bergerak selama 85 tahun.
- Reuters

