MP gesa mansuhkan EMGC kerana antipersaingan
Diterbitkan: Aug 20, 2013 12:58 PM | Dikemas kini: Aug 20, 2013 1:02 PM
Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) digesa mendesak kerajaan memansuhkan Education Malaysia Global Services (EMGS) atas dakwaan amalan antipersaingan.
EMGS ditubuhkan pada 2012 bagi mengurus keperluan pelajar antarabangsa di Malaysia.
Bagaimanapun, anggota Parlimen Sedang Ong Kian Ming ( kiri ) memberitahu pemberita hari ini, EMGC mewujudkan monopoli dalam sektor perubatan dan insurans.
"EMGS telah mencabul akta persaingan, ia mencipta monopoli untuk klinik perubatan yang membuat pemeriksaan kesihatan, ia mencipta monopoli dalam insurans peribadi.
"Jelas sekali EMGC antipersaingan, saya minta MyCC menggesa EMGC dimansuhkan," katanya.

