Malaysiakini BERITA

IGP: Apa ni? Apa wayang dia orang main pula?

Kow Gah Chie  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini membidas dakwaan pengkritik ekoran tindakan polis menembak mati lima individu di Pulau Pinang pada Isnin.

Menafikan dakwaan bahawa polis mempunyai polisi menembak untuk membunuh, beliau berkata:

NONE "Semasa polis terkorban mempertahankan tanah air di Lahad Datu, kita dikatakan berdrama.

"Bila tembak menembak berlaku di sana sini, mereka kata polis berdiam diri dan tidak berbuat apa-apa. Bila penjenayah ditembak mati, mereka kata polis (bersikap) melulu dan zalim.

"Apa ni? Apa wayang dia orang main pula?" katanya dalam sidang medianya hari ini.

"Kita tidak peduli orang cakap, kita ada tugas untuk laksanakan. Kita akan jalankan tugas kita dalam memastikan rakyat Malaysia berada dalam keadaan selamat," tambahnya.

Semalam, Ketua Persatuan Hindraf Malaysia yang juga Timbalan Menteri, P Waythamoorthy (kiri) mempersoalkan kes tembakan  di Pulau Pinang itu.

Beliau mendakwa telah melihat gambar mayat-mayat tersebut, berdasarkan itu, adalah sukar untuk mempercayai berlaku tembak menembak.

Melihat kepada gambar-gambar tersebut, Waythamoorthy berkata, beliau tidak fikir sesiapa sahaja yang berfikiran waras akan percaya bahawa sebenarnya berlaku tembak menambak antara polis dan suspek.

Mempertikaikan kenyataan tersebut, Khalid menegaskan bahawa pihak polis membalas tembakan untuk mempertahankan diri.

[Baca berita penuh]