Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Liow: MCA tak campurtangan dalam The Star

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai tampil mempertahankan pemilikan parti itu ke atas akhbar The Star, dengan menyatakan bahawa ia tidak campurtangan dalam dasar editorial akhbar harian berbahasa Inggeris itu.

NONE "Walaupun MCA memiliki sebahagian daripada saham dalam The Star , tetapi ini tidak bermakna MCA campurtangan dalam kebebasan akhbar," kata Liow.

Ditanya sama ada sesuai untuk sebuah parti politik memiliki sebuah akhbar harian sebagai medianya, Liow berkata, setiap unit dalam The Star mempunyai autonomi sendiri dari segi operasi di bawah pasaran bebas.

Liow berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan majlis konvokesyen Kolej Kewartawanan dan Komunikasi One World Han Xing di Kuala Lumpur hari ini.

Liow bersama Team B semasa krisis dalaman MCA pada tahun 2001 - kumpulan yang membantah parti itu membeli Nanyang Press.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sebelum ini menafikan desas-desus bahawa parti itu merancang untuk menjual secara rahsia, sahamnya dalam akhbar harian berbahasa Inggeris itu.

Terdahulu dalam ucapannya, Liow berkata kerajaan mengamalkan dasar kebebasan maklumat tanpa mengganggu operasi media massa dan menegaskan ini jelas dalam kebebasan akhbar di Malaysia.

[Baca berita penuh]

ADS