Kementerian Pendidikan Malaysia hari ini mengumumkan pelantikan Prof Ir Dr Wahid Omar sebagai naib canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkuat kuasa pada 1 September depan hingga 31 Ogos 2016.

Wahid akan mengambil alih tugas yang disandang oleh Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang sebelum ini berikutan pelantikan beliau sebagai Ketua Setiausaha (KSU) II, Kementerian Pendidikan

Malaysia (KPM).

Pemilihan Wahid sebagai naib canselor UTM adalah berdasarkan kepada kriteria yang telah ditetapkan oleh Kementerian dengan mengambil kira pengalaman akademik, penyelidikan dan pentadbiran beliau di UTM.

Di samping itu, latar belakang beliau dalam bidang kejuruteraan seiring dengan portfolio UTM sebagai universiti berstatus penyelidikan yang berteraskan bidang kejuruteraan.

- Bernama