Subra: Saya tidak kenal penganjur
Timbalan presiden MIC Dr S Subramaniam berkata, beliau tidak tahu pihak di belakang acara yang dihadirinya pada 2011, yang kini sedang disiasat polis.
Bagaimanapun, kata Subramaniam, beliau pasti NGO yang mengundangnya ke acara itu sebuah kumpulan berdaftar.
Beliau merujuk kepada laporan polis oleh Tamilar Action Force (TAF) semalam yang mendakwa Subramaniam dan dua lagi pemimpin kanan BN kelihatan di acara anjuran "Geng 36" di The Mines, Seri Kembangan pada 3 Disember 2011.
"Ya, kami diundang oleh NGO dan untuk hadir ke sebuah acara. Mereka beri laptop pada pelajar sekolah dan wang kepada orang miskin. Jadi dengan penuh adil dan jujur kami hadir ke acara itu.
"Kami tidak tahu menahu berhubung kekeliruan yang dilaporkan. Ia acara yang dianjurkan oleh NGO berdaftar. Sebagai pemimpin, kami selalu bersetuju dengan perkara ini," katanya.
.

