Exco hal ehwal agama Pulau Pinang Abdul Malik Kassim berkata satu pengusaha pusat hiburan yang mempamer iklan dengan gambar masjid dan bendera Malaysia bagi mempromosi alkohol akan dikenakan tindakan undang-undang.

Abdul Malik berkata pengusaha berkenaan akan didenda RM2,000 mengikut bidang kuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

“Kami mengarahkan MPPP untuk mengambil tindakan sebagai teladan kepada semua pihak agar tidak menyentuh sensitiviti masyarakat Islam.

“Kami juga melihat peraturan dan undang-undang lain untuk melihat sekiranya kita boleh mengambil tindakan lebih tegas ke atas (pengusaha terbabit) dan pihak lain yang bertindak serupa,” katanya.

[Baca berita penuh]