Kumpulan berhaluan kanan Melayu PERKASA menuntut agar tindakan tegas dikenakan ke atas individu yang menghina berndera Malaysia dan mengagung-agungkan bendera lain.

NONE Ketua penerangannya Ruslan Kassim ( kiri ) dalam satu laporan Utusan Malaysia berkata individu yang mengibar bendera Sang Saka Malaya itu tidak layak menjadi warganegara Malaysia kerana perbuatan itu didakwa menghina bangsa dan negara.

“Sebelum ini kita lihat satu demi satu kesilapan dan kesalahan yang dilakukan tanpa sebarang tindakan tegas diambil.

“Apabila tiada tindakan tegas, seolah-olah ia satu perbuatan yang betul dan akan menjadi idola kepada golongan muda yang tidak faham sejarah dan kenal erti sebuah perjuangan memerdekakan negara,” katanya seperti dipetik akhbar tersebut.

[Berita penuh menyusul]