Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas pemimpin Umno kerana menolak cadangan beliau untuk mengadakan dialog terbuka dengan kerajaan bagi menangani isu-isu utama negara.

"(Pemimpin Umno) takut berdebat dengan saya," katanya.

NONE Beliau menyifatkan dialog antara kerajaan dan pembangkang sebagai "biasa" dan "sihat".

Anwar dengan tegas menafikan yang dialog tersebut bertujuan untuk

membentuk kerajaan perpaduan sepertimana yang ditakuti oleh sesetengah pemimpin Umno.

"Ini menunjukkan bahawa mereka (pemimpin Umno) tidak membaca perutusan Merdeka saya. Saya meminta perbincangan dalam empat isu-isu penting, termasuk prestasi yang lemah ekonomi, peningkatan kadar jenayah, rasuah, dan ketegangan kaum dan agama," katanya.

Harimau Jelutong

Anwar, yang juga Ketua Umum PKR, dalam perutusan Merdeka beliau pada  30 Ogos menyaran dialog terbuka dengan BN.

karpal singh tiger of jelutong by tim donoghue Katanya, walaupun Pakatan Rakyat menang undi popular dalam

pilihan raya umum lepas, beliau terbuka untuk berbincang dengan kerajaan mengenai isu-isu penting demi masa depan negara ini.

Anwar berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri pelancaran buku baru 'mengenai pengerusi DAP Karpal Singh - 'Karpal Singh: Tiger of Jelutong - di Kuala Lumpur hari ini. Buku ini ditulis oleh wartawan New Zealand, Tim Donoghue.

Apabila ditanya mengenai gesaan Menteri Belia dan Sukan, Sukan Khairy Jamaluddin supaya Pakatan menamakan kabinet bayangannya, Anwar berkata: "Saya nasihatkannya (Khairy) beri tumpuan kepada kerja-kerjanya sebagai menteri."

[Baca berita penuh]