MP Seputeh Teresa Kok menggesa ketua polis negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menarik balik dakwaan bahawa pasukan tersebut tidak melakukan kesalahan dalam menjalankan siasatan ke atas kanak-kanak tanpa pengetahuan ibu bapa.

Kok dalam kenyataannya hari ini berkata, Khalid perlu berbuat demikian memandangkan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia dan Majlis Peguam menyatakan pandangan berbeza.

Kok berkata Khalid sekurang-kurangnya perlu menarik balik kenyataan tersebut dan mengeluarkan gartis panduan yang jelas kepada anggota polis bagi memastikan hak kanak-kanak berkenaan dihormati dan dilindungi.

Katanya, kenyataan dari Suhakam dan Majlis Peguam sekali lagi membuktikan bahawa IGP tidak boleh mempertahankan dakwaan tersebut.

Tambahnya, beliau bimbang kerana interpretasi Khalid ke atas undang-undang boleh dianggap sebagai garis panduan dan arahan kepada polis.

[Baca berita penuh]