Teng Chang Yeow berdepan pencabar baru
Diterbitkan: Sep 8, 2013 4:18 PM | Dikemas kini: Sep 8, 2013 4:27 PM
Seorang tokoh parti Gerakan Pulau Pinang, Baljit Singh akan mencabar naib pengerusi negeri, Teng Chang Yeow untuk mengetuai pergerakan tersebut.
Baljit dan Teng merupakan dua nama yang dicalonkan untuk jawatan berkenaan. Pemilihan akan dijalankan pada 15 September.
Baljit merupakan ketua biro guaman dan hak asasi Gerakan negeri.
Spekulasi berhubung pencalonan Baljit dilaporan dalam beberapa akhbar sebelum ini namun perkara itu tetap memeranjatkan kerana 10 dari 13 bahagian Gerakan Pulau Pinang menyokong Teng sebagai pengerusi parti negeri.
Teng menjadi pengerusi BN negeri semasa pilihan raya umum ke-13 namun gagal menjejaskan penguasaan Pakatan Rakyat.
Gerakan kini tidak mewakil sebarang kerusi di Pulau Pinang.

