BERITA

Dr M: Kenapa Anwar tak hentikan 'Projek IC'?

Billy Boey

Diterbitkan
Dikemaskini 12 Sep 2013, 10:00 pagi

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, golongan yang mempersoalkan mengenai 'Projek IC' sepatutnya bertanya mengenai tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berdiam diri mengenai isu berkenaan itu ketika berada dalam kerajaan.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menangkis dakwaan bahawa beliau berbohong ketika memberi keterangan di persidangan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) apabila menyatakan bahawa beliau tidak mengetahui mengenai 'Projek IC'.

Katanya, golongan yang mempersoalkan perkara tersebut sepatutnya bertanya mengenai tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berdiam diri mengenai isu berkenaan itu ketika berada dalam kerajaan.

Mahathir tanpa menamakan Anwar berkata "seorang pemimpin Pakatan Rakyat" yang berkhidmat sebagai timbalannya tidak pernah mempersoalkan mengenai 'Projek IC' itu.

Projek berkenaan didakwa sebagai satu rancangan sulit didakwa untuk memberikan kerakyatan kepada pendatang asing beragama Islam di Sabah bagi mengubah demografi pengundi di negeri itu.

Bercakap kepada pemberita selepas satu majlis di Kuala Lumpur hari ini, Mahathir berkata Anwar pastinya telah menghentikan usaha tersebut sekiranya 'Projek IC' benar-benar berlaku ketika beliau menjadi perdana menteri.

“Dia pernah berada dalam kerajaan, dia tahu dasar kerajaan. Jika itu menjadi dasar kerajaan, kenapa dia tidak hentikan?," katanya kepada pemberita selepas menghadiri satu majlis anjuran Dewan Perdagangan dan Industi Jepun Malaysia (Jactim) hari ini.

Ditanya jika beliau merujuk kepada Anwar, Mahathir dengan berjenaka berkata: "Mungkin".

Mahathir dalam keterangannya di persidangan RCI semalam berkata beliau tidak tahu mengenai 'Projek IC' dan menyalahkan pegawai kerajaan kerana mengeluarkan dokuman kerakyatan kepada calon yang tidak layak.

[Baca berita penuh]

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.