Selepas ditahan selama 100 hari, pemimpin Hindraf P Uthayakumar berkata beliau tidak menyesal dengan pendiriannya memperjuangkan hak masyarakat India di Malaysia.

NONE Dalam sepucuk surat kepada media, Uthayakumar berkata demikian selepas dugaan "paling sukar" dipenjara selama dua tahun enam bulan bawah Akta Hasutan.

"Hari ini (semalam) hari ke 100 dipenjarakan di Kajang, saya tidak menyesal dengan perjuangan saya dan tidak meyesal hampir 17 bulan dipenjarakan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)," tulis Uthayakumar.

Dalam surat panjang lebar itu, beliau memperincikan rutin hariannya dan bagaimana beliau mendakwa sering dizalimi dalam penjara.

Uthayakumar didakwa kerana menulis sepucuk surat kepada Perdana Menteri British ketika itu, Gordon Brown berhubung rungutannya kehilangan hak-hak masyarakat India di Malaysia.

[Baca berita penuh]