Majlis Peguam belum diberi draf pindaan PCA
Diterbitkan: Sep 25, 2013 10:04 AM | Dikemas kini: Sep 25, 2013 10:08 AM
Bar Malaysia masih belum melihat sebarang draf atau dirunding dalam pindaan Akta Pencegahan Jenayah (PCA), meskipun menteri dalam negeri berkata ia akan dibentangkan dalam sesi Parlimen kali ini.
Dalam sebarang pindaan undang-undang, biasanya maklumat dan maklum balas daripada pihak berkepentingan seperti Bar dan polis akan diambil sebelum draf dirangka oleh Pejabat Peguam Negara.
Presiden Bar Christopher Leong bagaimanapun berkata, badan peguam itu masih belum diberikan draf berkaitan dan peruntukan dalamnya masih belum dibincangkan.
PCA membenarkan penahanan individu selama 72 hari. Berbeza dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), undang-undang ini memerlukan suspek dibawa ke mahkamah dan bukannya tahanan tanpa bicara.

