Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid berkata dua orang lelaki yang ditahan di Pulau Pinang pada malam tadi hanya disiasat kerana disyaki membawa masuk abu mayat pemimpin Parti Komunis Malaya Chin Peng.

Bercakap kepada pemberita di Dewan Rakyat hari ini, Zahid berkata kedua-dua individu tersebut tidak ditahan dan dibebaskan apabila didapati tidak membawa apa-apa abu.

Zahid juga mengakui bahawa tiada apa sekatan untuk menghalang buku atau memoir Chin Peng dari dibawa masuk ke negara ini buat masa ini.

Namun, kerajaan akan meneliti perkara itu, kata Zahid lagi.

Dua individu tersebut – seorang rakyat Malaysia dan seorang warga Hong Kong – ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas kerana disyaki membawa cenderahati dan memoir Chin Peng dari upacara pengebumian di Bangkok.

[Baca berita penuh]