Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Soalan lazim: Pindaan Akta Pencegahan Jenayah

Ekoran pemansuhan Ordinan Darurat (EO) 1969, Putrajaya kini berusaha menggunakan Akta Pencegahan Jenayah (PCA) 1959 untuk tangkapan pencegahan dan penahanan tanpa bicara.

Pihak berkuasa mendakwa, peranan EO berjaya, terutamanya dalam menentang kumpulan penjenayah dan beberapa elemen dalam undang-undang itu mesti dikekalkan.

Putrajaya juga cuba mengetengahkan beberapa pindaan terhadap PCA semasa sesi Dewan Rakyat yang berlangsung sekarang.

Berapa drastik perubahannya?

Pada asasnya, struktur utama dalam PCA dikekalkan, di mana suspek pelaku kesalahan patut tampil untuk siasatan.

Kesalahan yang digariskan dalam PCA antaranya aktiviti kongsi gelap, penyeludupan dadah dan jenayah terancang.

Jika seseorang didapati bersalah dalam siasatan, dia akan dimasukkan dalam daftar dan akan tertakluk kepada beberapa syarat.

Pindaan yang dicadangkan menetapkan dua syarat yang boleh dikenakan oleh lembaga melalui siasatan, iaitu perintah tahanan dan arahan pengawasan.

Arahan pengawasan membenarkan penahanan tanpa perbicaraan untuk tempoh dua tahun. Arahan ini boleh dipanjangkan untuk tempoh dua tahun lagi oleh lembaga.

Arahan ini hanya boleh digunakan jika siasatan memutuskan seseorang yang didaftarkan melakukan dua atau lebih kesalahan serius dan melanggar syarat-syarat arahan pengawasan terhadapnya sebelum itu.

Arahan pengawasan membenarkan pihak yang didaftarkan dibekalkan dengan alat pengawasan elektronik dan mengenakan keadaan seperti sekatan di Internet atau bertemu dengan pihak lain yang berada dalam daftar.

[Baca laporan penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS