Pemandu bas yang terbabit dalam nahas di Genting Highlands mempunyai 16 saman atas namanya, kementerian pengangkutan mengesahkannya.

NONETimbalan Menteri Pengangkutan Abdul Aziz Kaprawi (kanan) memberitahu Dewan Rakyat hari ini, 15 saman melibatkan kesalahan had laju dan satu lagi kerana menghalang lalu lintas.

Bagaimanapun, tiada tindakan senarai hitam diambil kerana dia tidak didakwa di mahkamah atas kesalahan itu, kata Abdul Aziz ketika sesi soal jawab, sebagai respon kepada soalan Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan).

Tragedi pada 21 Ogos lepas itu mengorbankan 37 nyawa dan 16 lagi tercedera.

[Baca berita penuh]