BERITA

Pakatan: PAC jawatankuasa tiada taring

Ram Anand

Diterbitkan
Dikemaskini 2 Okt 2013, 10:02 pagi

VIDEO l 1.48 min

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) tidak mempunyai taring kerana tiada siapa takutkan cadangan-cadangan yang dikemukakannya, seperti dilihat dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012, kata Pakatan Rakyat.

NONE Justeru, jawatankuasa lebih tinggi dengan kuasa penguatkuasaan diperlukan supaya tindakan tegas dapat diambil berhubung percanggahan dalam laporan itu, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

"Jawatankuasa ini patut terdiri daripada timbalan perdana menteri, ketua pembangkang dan ketua audit negara," kata Lim dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Katanya, Pakatan akan menulis surat rasmi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menggariskan cadangan berhubung jawatankuasa itu.

[Baca berita penuh]

Jadilah pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia yang lebih baik.

Langgan dengan hanya RM200 setahun atau RM20 sebulan.