Timbalan Ketua Umno Bahagian Semporna Datuk Seri Nasir Tun Sakaran mengingatkan anggota Umno supaya tidak menjadikan pemilihan parti kali ini sebagai medan melaga-lagakan pemimpin yang bertanding.

    

Nasir yang juga ADUN Senallang berkata anggota Umno perlu mengutamakan perpaduan dan kesetiaan kepada parti, bukan merenggangkan hubungan sesama pemimpin.

    

Kedatangan Umnno ke Sabah adalah untuk menyatupadukan rakyat, apabila kehadiran parti ini sudah diterima, janganlah dirosakkan semata-mata demi kepentingan peribadi, katanya ketika menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Semporna hari ini.

    

Sehubungan itu Nasir mahu melihat pertandingan jawatan dalam parti kali ini dilakukan  dengan penuh rasa setiakawan dan kekeluargaan tanpa menyentuh hal-hal peribadi calon yang bertanding.

    

"Sebagai anggota yang taat dan setia serta mengutamakan perpaduan, para perwakilan haruslah membuat pilihan yang bijak demi kemantapan, kekuatan dan masa depan parti tanpa rasa dendam dan  beremosi," kata Nasir yang

mempertahankan jawatannya dalam pemilihan kali ini.

    

- Bernama