Rumah siap pahat berbunyi.

Mungkin inilah pepatah terbaik untuk menggambarkan polemik di sebalik filem kontroversi Tanda Putera yang gagal mendapat kutipan memberangsangkan di layar perak sebelum ini.

Di Facebook, filem itu mendakwa, pemimpin pembangkang tidak bodoh dalam membezakan filem cereka dan latar fakta sejarah dalam filem tetapi sengaja "buat bodoh" supaya mempunyai sebab untuk menyerangnya dan kerajaan.

"Ahli politik pakatan pembangkang memilih untuk berfikiran sempit supaya dapat bertindak sesuka hati. Untuk tutup perkara sebenar - mereka tidak sedemokratik laungan mereka.

"Semua ini terancang dalam satu impian konspirasi lebih besar. Ramai yang tidak sedar," menurut kenyataan itu.

Filem itu juga berkata akan mendedahkah perkara itu dengan lebih terperinci kerana "melibatkan masa depan rakyat" di negara ini.

Kenyataan itu juga mendakwa terdapat pihak yang diupah untuk menyerang Tanda Putera melalui kecaman dan kritikan "melampau" di media sosial.

"Kita boleh kenal bila tulisan tu sengaja di buat dan di edar untuk agenda tertentu, untuk patahkan semangat pembikin filem. Supaya kita henti terbitkan lagi filem sejarah," katanya.