Enam aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah bersetuju untuk menyelesaikan saman sivil mereka terhadap kerajaan dan 81 responden lagi berhubung kesilapan penahanan dan pemenjaraan secara tidak sah pada 2011.

Penyelesaian tersebut direkodkan hari ini di depan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Hue Siew Kheng.

NONE Berdasarkan kepada terma penyelesaian, kerajaan - sebagai defenden pertama - dan enam pegawai yang menahan mereka diminta membayar RM200,000 sebagai gantirugi.

Mereka yang ditahan bawah Ordinan Darurat adalah ahli parlimen Sungai Siput Dr D Jeyakumar dan aktivis PSM Choo Chon Kai, Sarat Babu, M Sarasvathy, M Sukumaran, dan A Letchumanan.

Semua mereka ditahan selama 28 hari di bawah EO atas sebab-sebab yang tidak dijelaskan semasa polis bertindak tegas ke atas kumpulan hak sivil dan parti-parti pembangkang yang merancang perhimpunan BERSIH 2.0 yang menuntut pembaharuan pilihan raya.

[Baca berita penuh]