Ahli Parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng hari ini mencabar polis mengheretnya ke mahkamah berhubung laporan polis yang dibuatnya yang didakwa palsu terhadap kenyataan 'tembak dulu" oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

NONEDalam satu sidang akhbar hari ini, Lim (tengah dalam gambar) berkata, beliau telah membuat laporan polis berhubung kenyataan Zahid itu Isnin lepas, di mana beliau menuntut supaya menteri itu disiasat terhadap kesalahan yang mungkin dilakukan.

"Datuk Seri Shahidan Kassim mendakwa beliau tidak pernah mendengar Zahid membuat kenyataan seperti itu, dan Zahid juga berkata kenyataannya itu merujuk kepada kes tembakan di Pulau Pinang, dan kenyataan beliau telah dilihat dari luar konteknya.

Dengan kenyatan dua VIP itu, kata Lim , laporan polis yang dibuatnya itu boleh dianggap satu kesalahan oleh pihak berkuasa, di mana beliau boleh didakwa di mahkamah.

"Saya kini menggesa pihak polis untuk mengheret saya ke mahkamah kerana memberi kenyataan palsu di bawah Seksyen 177 Kanun Keseksaan, " katanya.

"Jika didapati bersalah, saya akan makan nasi lemak selama dua tahun," katanya berseloroh .

[Baca berita Penuh]