VIDEO / 2:09 MINIT

Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali berkata, keputusan Mahkamah Rayuan bahawa mingguan Katolik The Herald tidak boleh menggunakan kalimah "Allah" dibuat berdasarkan undang-undang dan perlembagaan.

NONEKatanya, di negara ini, tiada sesiapa dapat menghalang bukan Islam ke rumah ibadat atau perayaan masing-masing, seperti di negara lain.

Bagaimanapun, tambahnya, hanya satu perkara sahaja yang umat Islam mahu lindungi iaitu penggunaan kalimah Allah kerana ia berkaitan dengan akidah.

Ibrahim berkata, orang Kristian juga patut mencari terma lain untuk merujuk kepada Allah dalam bahasa Malaysia, seperti perkataan "tuhan".

[Baca berita penuh]