Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Zahid: Kematian 'sultan Sulu' tak tamatkan ancaman
Diterbitkan:  Oct 21, 2013 5:39 PM
Dikemaskini: 12:06 PM

VIDEO / 2:11 MINIT

Kematian Jamalul Kiram III, yang mengaku sebagai sultan Sulu, tidak menamatkan ancaman terhadap Sabah daripada kumpulan yang menuntut hak di negeri itu, kata menteri dalam negeri.

NONEDatuk Seri Zahid Hamidi berkata, selain Jamalul Kiram, terdapat tujuh lagi individu yang mendakwa waris kesultanan Sulu dan menuntut hak mereka.

Justeru, tambahnya, rakyat Malaysia tidak boleh leka dengan kematian Jamalul Kiram dan terus meneliti situasi berkaitan dari masa ke semasa.

Media negara itu Inquirer semalam melaporkan, Jamalul Kiram, meninggal dunia akibat kegagalan organ di sebuah pusat perubatan Filipina ketika umur 75 tahun.

Anaknya Jacel Kiram (atas) berkata, perjuangan bapanya untuk menuntut Sabah akan diteruskan oleh generasinya tanpa teragak-agak.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS