'Ini ISA kesihatan'
Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali berkata langkah kerajaan untuk menghapuskan subsidi gula tidak ubah seperti pelaksanaan ISA.
Beliau mengaitkan undang-undang kejam dengan membawa kuasa penahanan tanpa bicara itu untuk membawa bermaksud bahawa harga gula yang tinggi akan membantu mencegah penyakit akibat pengambilan gula berlebihan.
“Pencegahan itu lebih baik dari rawatan, ini ISA kesihatan,” katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
Menurutnya, kenyataan itu bagi mengulas kritikan sesetengah pihak yang menurutnya tidak dapat menerima gurauan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung kenaikan harga bahan pemanis itu.
Kenaikan harga gula dan penghapusan subsidi 24 sen sekilogram itu diumumkan Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2014 pada hari Jumaat lalu.
Najib semalam mempertahankan langkah tersebut dengan mengingatkan bahawa pengambilan gula yang berlebihan boleh menjejaskan kehidupan seks seseorang.
Berucap merasmikan persidangan perwakilan nasional Gerakan hari ini, beliau berkata, ia merupakan tambahan kepada simpton akibat kencing manis, sepertimana yang dinyatakan dalam ucapan bajet semalam, seperti kabur penglihatan, gangren dan pergantungan kepada mesin dialisis.

