Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berharap semua rakyat Malaysia di Manchester berada dalam keadaan selamat berikutan ribut St Jude yang melanda England dan Wales pada Isnin.

NONE"(Saya) terpaksa membatalkan lawatan saya ke Manchester berikutan ribut St Jude. Harap semua rakyat Malaysia di sana selamat," katanya melalui Twitter beliau.

Perdana menteri dijadual memulakan hari pertama lawatannya ke Manchester semalam.

Ribut itu, yang dikatakan paling buruk dalam tempoh sedekad, dilapor bertiup pada kelajuan sehingga 160km sejam. Laporan media berkata ribut itu turut melanda Belanda.

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom Datuk Seri Zakaria Sulong sebelum ini berkata kira-kira 1,000 rakyat Malaysia yang menuntut di kawasan terjejas dengan ribut itu selamat.

Najib, yang tiba di London awal pagi Ahad dari Kuala Lumpur, berada di Kuala Lumpur untuk lawatan kerja ke UK dari 27 hingga 31 Okt.

- Bernama