BERITA

Bil RM2.2j kediaman PM untuk seluruh kompleks

Ram Anand

Diterbitkan
Dikemaskini 29 Okt 2013, 11:47 tengahari

VIDEO l 1:53 mins

Bil elektrik RM2.2 juta di Seri Perdana bukan hanya kediaman sahaja tetapi meliputi keseluruhan kompleks, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini.

Ia meliputi dewan pelbagai guna dan kuarters kakitangan, katanya dalam sidang media di lobi Parlimen.

"Disebut dengan terang, ia adalah kompleks perdana menteri. Ahli-ahli parlimen yang tidak faham antara kediaman dengan kompleks, ini meresahkan pemikiran rakyat.

"Rakyat mesti kena faham antara kompleks dan residen. Ia melibatkan dewan serba guna, kuarters kakitangan (dan) yang melibat seminar di kompleks itu," katanya.

NONEMenurutnya lagi, tiada beza antara kadar elektrik bilik tidur Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor berbanding pasangan biasa di kampung-kampung.

"Kalau Datuk Seri Najib dan Rosmah tidur sebilik, mereka dua orang, (kadar) sama dengan Timah dan Mamat di Tambun Tulang (Perlis).

"Tidak ada (kadar) elektrik yang kata bahawa kalau amoi pakai harga murah, Datuk Seri Najib harga mahal. Sama sahaja kadarnya. Tidak ada beza.

"Jangan bincang sehingga rakyat boleh tertawa bahawa kita tak faham antara kompleks dan kediaman rasmi," kata Shahidan lagi.

Shahidan semalam mendedahkan jumlah bil elektrik itu, termasuk bil air RM311,174.25 sepanjang tahun lalu.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Anthony Loke (DAP-Seremban) yang bertanyakan butir-butir bil elektrik dan air serta kos penyelenggaraan kediaman rasmi Najib dan timbalannya.

[Baca berita penuh]

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.