Hujah bahawa memberi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kuasa untuk mendakwa di mahkamah boleh membawa kepada penyalahgunaan kuasa, tidak mempunyai asas, kata badan pemantau anti-rasuah, Transparency International-Malaysia (TI-M).

"Tidak ada sebab untuk mempercayai akan ada unsur-unsur penyalahgunaan jika SPRM diberi kuasa untuk mendakwa.

NONEPresiden TI-M, Akhbar Satar (kanan) berkata, kerajaan tidak harus

bimbang kerana sistem sekarang pun membolehkan Jabatan Peguam Negara menyalahgunakan kuasa apabila ia memilih untuk tidak meneruskan pendakwaan.

Malah, katanya, sekiranya SPRM mempunyai kuasa untuk mendakwa pun, ia tidak bermakna ia akan sentiasa menggunakannya.

Sebaliknya, kata beliau, SPRM mungkin boleh menggunakan kuasa itu apabila ia mendapati kes-kes yang disiasatnya tidak didakwa oleh Peguam Negara kerana "tekanan dari atas atau kerana kes itu melibatkan kroni".

Namun begitu, tegas Akhbar, langkah perlindungan boleh diwujudkan, contohnya dengan memastikan SPRM meyakinkan lembaga penasihat bahawa ia perlu menggunakan kuasa untuk mendakwa.

Ini bermakna terdapat dua pihak yang mempunyai budi bicara untuk mendakwa, dan SPRM akan "ditakuti oleh semua", katanya.

Rabu lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim memberitahu Dewan Rakyat bahawa kerajaan tidak akan memberi SPRM kuasa untuk mendakwa kerana ini boleh membawa kepada "penyalahgunaan kuasa".

[Baca berita penuh]