BERSIH bakal diterajui kepimpinan baru
Diterbitkan: Nov 9, 2013 3:51 PM | Dikemas kini: Nov 9, 2013 4:51 PM
Gerakan pembaharuan pilihan raya BERSIH akan dikendalikan oleh barisan kepimpinan yang baru selepas dua tahun dilancarkan oleh para perintisnya.
Ketika dihubungi, ahli jawatankuasa pemandu BERSIH, Maria Chin Abdullah mengesahkan satu pemilihan akan diadakan pada 30 November depan.
"Proses pencalonan di kalangan NGO dalam BERSIH sudah diadakan, dan keputusannya akan diumumkan tidak lama lagi," katanya kepada Malaysiakini.
Bagaimanapun, Maria enggan mendedahkan maklumat terperinci mengenai pencalonan tersebut, atau pencalonannya sendiri, kerana ia akan diumumkan pada Isnin.

