Malaysiakini BERITA

PAS P Pinang ancam lepaskan jawatan k'jaan

Susan Loone  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

PAS Pulau Pinang hari ini membantah campur tangan tidak munasabah dalam pentadbiran hal ehwal Islam dan pelantikan wakil parti sebagai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

NONE Timbalan pesuruhjaya PAS negeri Fauzi Yusof ( kiri ) berkata, jika perkara itu berterusan, PAS akan menyemak semula kedudukannya dalam Pakatan Rakyat.

Parti itu juga bersedia menarik balik wakilnya keluar daripada kedudukan negeri atau pihak berkuasa tempatan jika enam tuntutan yang dikemukakan mereka hari ini tidak diendahkan.

Dalam sidang media di Seberang Jaya, Fauzi berkata, kesemua tuntutan itu datang daripada akar umbi dan diajukan kepada exco negeri.

Akar umbi parti itu menuntut ketegasan PAS bersama sekutunya dalam Pakatan dan mahukan parti itu diberi kedudukan dan peranan sesuai dalam kerajaan negeri, kata Fauzi.

Tambahnya lagi, mereka bimbang dengan campur tangan kerajaan dalam Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (Maipp) akan menyebabkan pertindihan kuasa seterusnya mengganggu kelancaran pentadbiran.

Fauzi antaranya menuntut suara yang lebih dalam pentadbiran dan menyertai perbincangan berhubung sebarang dasar-dasar negeri sebelum dilaksanakan.

[Baca berita penuh]