Sebelas anggota Parlimen di Wilayah Persekutuan hari ini diminta menandatangani pengisytiharan bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 dalam pertemuan dengan menteri Wilayah Persekutuan berhubung isu kenaikan cukai taksiran.

Anggota Parlimen Batu Tian Chua dalam Twitternya berkata, wakil rakyat terbabit enggan menandatanganinya.

Menteri berkenaan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor dijadual menjelaskan perkara itu kepada anggota Parlimen dalam majlis tertutup.

Kenaikan itu dibantah penduduk ibu kota atas alasan ia terlalu tinggi.

Dalam majlis itu, pemberita hanya dibenarkan mengambil gambar anggota Parlimen dan Tengku Adnan semasa ketibaan di ibu pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Semalam, Parlimen menolak usul membahaskan kontroversi kenaikan cukai itu dalam tempoh 21 tahun dan setinggi 200 peratus.

[Baca berita penuh]