Selepas pertemuan dengan anggota-anggota Parlimen, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor hari ini berjanji akan menyemak semula cukai taksiran di Wilayah Persekutuan.

Katanya, seperti ramai penduduk Kuala Lumpur, isterinya juga tidak puas hati dengan kenaikan tarif cukai yang tidak berubah sejak 21 tahun lalu itu.

NONE Tengku Adnan berkata, kerajaan akan memastikan penyelesaian yang tidak terlalu membebankan rakyat tetapi enggan menyatakan sama ada kadarnya akan diturunkan berapa banyak.

Menurutnya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerima 2,500 aduan berhubung kenaikan kadar itu dan salah seorang pengadu isterinya sendiri.

"Ketika isteri saya beritahu kadarnya... sebuah emper ( penthouse ) miliknya bernilai RM40,000, dan kini naik kepada RM170,000. Dan beliau sangka harus membayar RM170,000.

"Saya kata, bukan RM170,000. Enam peratus daripada RM170,000... Sudah tentu dia merungut kerana ia lebih sekali ganda daripada apa yang dia bayar.

"Saya kata, OK kamu boleh merungut, tulislah pada Bandaraya," Tengku Adnan memberitahu pemberita di ibu pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

[Baca berita penuh]