Kenaikan cukai taksiran ikut jadual dirancang
Khairul KhalidDiterbitkan: Nov 21, 2013 5:54 PM | Dikemas kini: Nov 21, 2013 5:56 PM
Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Phesal Talib mengesahkan kenaikan cukai taksiran pada Januari 2014 akan diteruskan seperti dirancang.
Bagaimanapun, katanya, mungkin terdapat beberapa semakan pada penilaian dan kadar supaya tidak membebankan rakyat.
Ditanya KiniBiz sama ada keputusan itu tergesa-gesa, beliau menjawab, menjadi hak mereka menyemak penilaian harta tanah setiap lima tahun, memandangkan kali terakhir ia dilakukan pada 21 tahun lalu.
Kenyataan itu dilihat berbeza dengan kenyataan anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar bahawa menteri Wilayah Persekutuan telah berjanji menilai secara serius bantahan daripada wakil rakyat sekitar Kuala Lumpur.

