Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempertahankan kenaikan gaji yang agak besar untuk wakil rakyat negeri itu.
Beliau juga sekaligus menolak cadangan ADUN Bukit Antarabangsa, Azmin Ali supaya menangguhkan dulu pelaksanaannya.
Bercakap kepada pemberita di Shah Alam hari ini, Khalid berkata langkah Dewan Undangan Negeri meluluskan kenaikan gaji itu adalah muktamad.
Khalid berkata Azmin boleh menderma tambahan gajinya itu kepada badan amal jika beliau tidak puas hati.
Katanya, jika Azmin tidak mahu menerima kenaikan gaji itu, itu hak individu untuk menolaknya.
"Jika (beliau) tak mahu, tak apalah," kata Khalid.