Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor membentangkan usul untuk mewajibkan ketua pembangkang negeri menjadi pengerusi Jawatankuasa Akaun Awam (PAC).

NONE Ia telah meluluskan usul tersebut hari ini untuk membenarkan jawatankuasa perintah tetap untuk menyediakan laporan dan jadual pindaan yang perlu.

Bercakap dalam satu sidang akhbar selepas usul itu diluluskan,

Speaker Hannah Yeoh (kanan) berkata beliau mahu melindungi peranan pemimpin pembangkang, tidak kira kerajaan mana yang berkuasa, untuk kebaikan rakyat Selangor

Beliau berharap, dengan usul tersebut, maka ketua pembangkang tidak boleh lagi mengatakan tidak mahu untuk menerajui PAC.

Katanya lagi, memandangkan elaun khas diberikan kepada ketua pembangkang, maka beliau perlu buat kerja itu.

NONE Beliau merujuk kepada elaun berjumlah RM8,620 sebulan kepada ketua pembangkang negeri yang diluluskan sebelum ini, untuk memberinya faedah yang sama seperti ketua pembangkang di parlimen, termasuk pemandu, setiausaha, dan penggunaan kereta rasmi.

Hanna berkata jawatankuasa perintah tetap yang diterajuinya kini

perlu membentangkan satu laporan mengenai pindaan itu dalam sidang DUN Mac tahun depan, di mana ia akan dibentangkan dan diluluskan.

Apabila dikuatkuasa kelak, Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Mohd Shamsudin Lias (atas) yang juga ADUN Sungai Burong, perlu memegang jawatan pengerusi PAC.

[Baca berita penuh]