Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau dan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengeluarkan kenyataan rasmi bersama mengenai isu kenaikan gaji speaker dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor.

    

"Kita (beliau dan Anwar) sama-sama buat kenyataan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perkahwinan perdana Belia Peringkat Negeri Selangor 2013 diShah Alam  sini hari ini apabila diminta mengulas mengenai kritikan pelbagai pihak mengenai kenaikan gaji itu.

    

Khamis lepas Abdul Khalid mengumumkan kenaikan gaji dan elaun antara 87 peratus hingga 373.3 peratus bagi menteri besar, exco, speaker, timbalan speaker dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor berkuat kuasa 1 Jan depan.

    

Pindaan gaji kali terakhir dilakukan pada 2011.

Abdul Khalid dalam halaman tweeternya hari ini turut berkata kenyataan bersamanya dengan Anwar mengenai isu gaji wakil rakyat Selangor akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

    

- Bernama