Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Malaysia meningkat satu anak tangga tahun ini berbanding tahun lalu.

Bagaimanapun, menurut Transparency International-Malaysia (TI-M), masih banyak perkara perlu dilihat seputar masalah itu.

NONE Malaysia mencatatkan mata 50/100 berbanding tahun lalu 49/100.

Negara ini juga diletakkan di kedudukan 50 daripada 177 negara berbanding tahun lalu di tempat 54 daripada 176 negara.

Presiden Ti-M Akhbar Satar ( kanan ) berkata, masih banyak peningkatan besar harus dilakukan dalam sektor kehakiman, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan sektor korporat.

"Terdapat beberapa penambahbaikan (tahun ini), sudah tentu kita mahu melibat banyak perkara dilakukan," kata Akhbar.

[Baca berita penuh]