Jabatan tersebut memaklumkan pihak Muzium Arkeologi Bujang di Bukit Batu Pahat berhubung perkara tersebut, namun ia tidak dapat menghalang pemaju daripada meneruskan kerja-kerja di tapak Candi 11 di Sungai Batu.

Difahamkan, pihak muzium tidak dapat menghalang perobohnan tersebut kerana tapak berkenaan tidak berada bawah bidang kuasanya sejak 2006.

NONE Turut difahamkan, pemaju projek Bandar Saujana juga mendapat hak untuk membangunkan tanah tersebut pada 1993 ketika negeri tersebut berada bawah pentadbiran BN.

Kawasan tersebut tidak diwartakan sebagai tapak warisan, seperti keseluruhan Lembah Bujang, dan masih belum dipohon kepada Unesco untuk diiktiraf sebagai tapak warisan dunia.

Namun, seorang pegawai muzium yang ditemui berkata, pemaju terbabit sepatutnya tahu kepentingan sejarah kawasan tersebut apabila tanah itu dibeli.

NONE "Mustahil pemaju itu tidak tahu mengenai kepentingan kuil tersebut. Semua pemaju tahu apa yang mereka hadapi bila beli tanah kerana kita ada undang-undang,” katanya yang enggan dinamakan.

Kakitangan muzium terbabit turut mempersoalkan tindakan masyarakat India yang tinggal berhampiran kawasan berkenaan, yang menurutnya tidak memaklumkan mengenai perobohan tersebut lebih awal.

Katanya, pihak NGO terbabit hanya membangkitkan perkara itu selepas tapak tersebut diratakan.

[Baca berita penuh]