Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kewujudan golongan LGBT ada hikmahnya - perwakilan

Perwakilan Johor, Abd Mutalib Abd Rahim menyifatkan kewujudan golongan 'pelangi' atau LGBT ada hikmahnya kerana mereka akan mati awal dan menyebabkan hanya orang Soleh yang tinggal di muka bumi ini.

Beliau menceritakan bagaimana pendapat mengenai Allah mewujudkan golongan LGBT di barat untuk 'menghapuskan' orang jahat.

"Seorang ulama beritahu kepada saya, dia kata, ada baik wujudnya LGBT di barat sebab hendak menghapuskan orang-orang jahat, nak tinggalkan orang-orang yang soleh, yang akan mewarisi bumi ini adalah orang yang soleh, orang yang baik-baik.

Beliau menambah LGBT tidak akan mendapat zuriat secara normal dan keturunan mereka tidak akan bersambung.

Selain itu mereka yang gemar bertukar-tukar pasangan seksual juga terdedah kepada penyakit maut seperti AIDS yang amat ditakuti masyarakat.

"Maka sebab itu ada penyakit ini, sebab itu orang lesbian takde keturunan, mana kita dengar perempuan dengan perempuan kahwin ada dapat anak? Gay begitu juga, lelaki dengan lelaki pun tak dapat anak.

"Saya pernah bertugas sebagai penguatkuasa agama ini, orang yang tukar jantina ini dia tak lama, tak lama dia hidup. Sebelum dia mati dia gila dulu, dah gila dia mati. Jadi tak ada lagi orang yang perangai tak senonoh, tak elok duduk atas muka bumi," tegasnya.

Beliau berkata keadaan di Malaysia ini kian membimbangkan kerana fahaman Islam liberal yang berkaitan dengan LGBT ini makin tersebar.

Justeru beliau mahu pelaksanaan undang-undang lebih tegas dalam menangani hal sebegini.

"Golongan ini (Islam liberal) pun semakin lebar pengaruhnya terutamanya di kalangan orang terpelajar. Islam liberal dikaitkan juga dengan LGBT.

"Orang yang cuba tampilkan gaya hidup ini patut kita tolak. Malah penguatkuasaan undang-undang juga patut diberi penekanan supaya mereka yang lakukan kesalahan songsang seperti ini tidak akan menular sehingga generasi akan datang," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS