Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Laporan isu tempat bakar mayat ke DUN P Pinang

Kerajaan negeri akan membentang laporan lengkap mengenai perkembangan proses membaik pulih tempat membakar mayat penganut agama Hindu di Batu Lanchang di Georgetown pada persidangan Dewan Undangan Negeri minggu ini.

Timbalan Ketua Menteri II Prof Dr P Ramasamy berkata kerja-kerja membaik pulih sedang dilaksanakan dan menyangkal dakwaan bahawa kerajaan negeri tidak mengambil tahu isu-isu membabitkan kaum India.

"Kami telah membawa semua pihak. Kami telah menubuhkan jawatankuasa dan mereka sedang melihat perkara ini dan kini kami sedang memasang dua insinerator di sana.

"Laporan penuh akan dikeluarkan kepada akhbar tentang langkah yang dilakukan untuk menambah baik krematorium Batu Lanchang," katanya pada sidang akhbar di Georgetown hari ini.

Satu jawatankuasa masyarakat India sebelum ini meminta kerajaan negeri memberi perhatian terhadap dua tempat membakar mayat penganut Hindu di Batu Lanchang yang didakwa tidak berfungsi hingga menyebabkan mayat dibakar secara terbuka sejak enam bulan lepas.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS