K'jaan bayar pencen pada 18 Dis
Diterbitkan: Dec 10, 2013 5:50 PM | Dikemas kini: Dec 10, 2013 5:59 PM
Kerajaan akan membayar pencen bulan Disember lebih awal iaitu pada 18 Dis ini sempena sambutan Krismas.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata penerima pencen yang menerima waran pencen bertarikh 19 Dis hingga 31 Dis 2013 boleh menunaikan waran masing-masing mulai 18 Dis ini.
Penerima pencen yang dibayar melalui bank juga boleh menuntut pembayaran pencen di bank mulai 18 Dis ini, katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.
Krismas disambut pada 25 Dis ini.
- Bernama

