Ketua Pemuda MCA Datuk Wee Ka Siong memberi amaran pemimpin Umno supaya tidak membuat kenyataan yang berbaur ekstremis agar tidak kehilangan lebih banyak undi.

NONEKatanya, pemimpin Umno tersebut akan terus kehilangan sokongan pengundi Cina sekiranya masih berusaha untuk kepentingan kaum sendiri dan bukannya untuk kepentingan seluruh rakyat Malaysia.

“Ia juga akan menyisingkan sokongan orang bukan Melayu lain, dan itu akan menjadi penamat kepada masa depan BN,” katanya dalam ucapan perasmian di Mesyuarat Agung Pemuda MCA hari ini.

Beliau yang tidak akan terus mengekalkan jawatan ketua pemuda itu berkata, kerajaan perlu memenuhi kepentingan semua kaum sekiranya ingin mendapat sokongan rakyat.

[Baca berita penuh]